SINAR
2013 sedang mengintai dan akan menjelang dua hari lagi manakala tahun 2012 akan
menguncup dan melabuhkan tirainya; seterusnya menghilang ditelan masa. Rekodnya
akan dijadikan catatan lembaran sejarah, itu pun jika tercatat rekod yang baik
untuk dipelajari oleh kita, walau bagaimanapun, saat yang telah terlepas tidak
akan kembali lagi sebagaimana dinyatakan oleh Imam Asy Syafi’I rahimahullah:
“Aku pernah bersama
dengan orang-orang sufi. Aku tidaklah
mendapatkan pelajaran darinya selain dua perkara:
Pertama, dia mengatakan bahwa waktu bagaikan pedang, jika kamu tidak
memotongnya (memanfaatkannya), maka dia
akan memotongmu.
Kedua, jika dirimu tidak tersibukkan dengan perkara-perkara yang baik (haq),
pasti akan tersibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia (batil).”
Berkata
pula Imam Hasan Al Bashri:
“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah
kumpulan hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian
dirimu.”
Firman
Allah Taala:

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat
penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas
dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah
tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang
ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan
kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka
tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu,
dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain
daripadaNya.” (Q.S.Ar-Ra’d: 11)
Sepanjang
tempoh 2012 beberap peristiwa besar telah berlaku antaranya peristiwa bersilih
gantinya beberapa pemerintahan terutamanya di dunia Arab, bukan sahaja
melibatkan pemerintahan yang telah berdiri lama tetapi yang penting tertolaknya
ideologi lapuk dan digantikan oleh pemerintahan yang mengambil dan mengangkat pendekatan ‘wasatiyyah’ bertunjangkan Islam.
Antara negara-negara yang terlibat seperti Tunisia, Libya dan Mesir.
Manakala
di Syria, kini sedang berlaku pertempuran sengit di antara pemerintahan
keluarga Assad dengan Pejuang Pembebasan Syria (FSA). Pertempuran bukan hanya
berlaku di kawasan tertentu sahaja tetapi merata dipelbagai medan sehingga
merentas sempadan negara. Pertembungan tersebut melibatkan fahaman dan proksi
kuasa besar seperti Amerika Syarikat, NATO dan beberapa negara di satu pihak manakala
Rusia, China dan beberapa negara dipihak yang lain. Percaturan tersebut hanya
akan terlerai jika salah satu pihak mengalah atau perdamaian melalui orang
tengah dapat dicapai, itupun jika berlaku.
Beberapa
sumber menyatakan bahawa scenario pertempuran yang sengit sedang berlaku. Para dipolmatik
dan pergerakan angkatan bersenjata kuasa besar sedang berlabuh berhampiran
perairan dan sempadan pertempuran. Terdapat petunjuk bahawa para Pejuang Pembebasan
Syria (FSA) sedang mengasak selangkah demi selangkah menguasai bumi Syria
tetapi dalam masa yang sama peningkatan pengeboman oleh pihak pemerintah sedang
mengganyang habis-habisan untuk melumpuh pergerakan musuhnya.
Di
mana sahaja jika berlaku penindasan,
pilih kasih, utamakan kroni, tekanan yang berterusan kepada kehidupan dan
ajaran Islam maka sampai ketikanya kebangkitan ummah akan berlaku. Barangkali
boleh diungkapan sebagai revolusi atau kebangkitan rakyat ke arah keadilan.
Akhir
kalam, bagi mengakhiri tahun 2012, pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar ialah
peristiwa peperangan Israel-Hamas yang berlaku dalam tempoh lapan hari (16 hingga 23 November 2012) sempena Maal Hijrah 1434 baru-baru ini
menjadi contoh yang menarik dan mungkin menjadi kajian dan pernilaian bahawa
tidak pernah berlaku dalam sejarah serangan bertubi-tubi yang pernah dilakukan
oleh Israel telah dibalas pula dengan beratus-ratus peluru berpandu oleh Hamas,
menghujani Israel sehingga ramai penduduknya kecut, ketakutan dan lari lintang
pukang termasuk askar dan perdana menterinya. Dahsyat. Kita berharap semoga hari ini lebih baik
daripada semalam dan persediaan serta persiapan untuk menghadapi hari esok yang
belum pasti perlu difikirkan kerana harta yang menggunung apabila telah
terlepas ia tidak berguna lagi. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada
guna. Salam Maal Hijrah. Allahu Akhbar.


.jpg)
No comments:
Post a Comment